Pages

Sunday, July 11, 2010

Selagi Keyboard Masih Berfungsi

"Kenapa blog aok gaya mati je?", bertanya sahabat saya dengan bahasa pergaulan kami.

Saya hanya mampu senyum sebagai jawapan kepada persoalan beliau, hakikatnya saya masih mencari apakah puncanya. Tapi sekurang-kurangnya masih ada insan yang ambil peduli hal ehwal blog ini yang sudah hampir tiga bulan tidak ber-update.

SUBHANALLAH.

Pertanyaannya telah membuka ruang untuk bermuhasabah dan berkoreksi mencari kelemahan diri. Kesibukan dengan sekolah bukan satu alasan walaupun ada sebahagian kerja-kerja yang tidak pernah cuba disiapkan. Adakah sekolah dan guru-guru yang patut dipersalahkan? Timbul pula persoalan, adakah saya sudah ketandusan idea? Hhmm, mungkin. Namun adakah Pemberi Ilham pula patut ditanggungjawabkan? 
Makin jauh berfikir makin terserlah kejahilan seorang manusia. Kejahilan ini yang hanya mampu dilihat dengan mata hati.

Semangat yang dahulu berkobar-kobar kini sudah pudar. Memang tidak syak lagi. Semuanya salah sendiri.
Kemerosotan Iman telah mengakibatkan ketidakwarasan akal untuk berfikir. Apabila tidak mampu berfikir dengan waras maka sifat mazmumah yang betentangan dengan fitrah akan menguasai diri. Wujudlah fikiran yang jumud, kemalasan dan ketidakyakinan untuk menulis di dalam blog. Inilah jawapannya!!!

ALHAMDULILLAH.




Persoalan telah menjadi deduksi.
Selagi keyboard masih berfungsi, penulisan tidak akan berhenti.
Dan jika ia rosak, ketahuilah bahawa selagi Iman menebal di hati, maka akal tidak pernah mati. 

ALLAHUAKBAR!!!

Wallahua'alam.