Pages

Monday, November 15, 2010

Lagu dan Penguasaan Bahasa



Music is a powerful force
It's a language that only understood by the heart
This album "Wherever You are",
Is more than just an album for me
It's a mini diary of events that have taken place
In the past three to four years
and only the hearts will understand excactly
What I'm talking about. -Sami Yusuf-

Saya amat kagum dengan alternatif yang beliau ambil dalam menjadikan muzik bukan sahaja sebagai hiburan bahkan juga sebagai platform untuk menyampaikan dakwah dan mesej berkisarkan keamanan dan maksud cinta yang sebenarnya.


Mungkin dalam saat ini, aura Maher Zain masih lagi bertapak kukuh dalam diri tetapi usai mendengar lagu Sami Yusuf daripada album terbarunya 'Wherever You Are', suatu perbandingan dapat dibuat. Lagu Sami Yusuf mungkin dikatakan agak puitis dan untuk memahami mesejnya tidak begitu mudah berbanding dengan lirik yang simple dan mesej yang direct daripada lagu-lagu dendangan Maher Zain, bermakna masing-masing mempunyai audiens sasaran yang berbeza. Persoalannya, anda tergolong dalam audiens yang mana?

Memang tidak dinafikan terdapat banyak faktor-faktor dan kayu ukur dalam menentukan hal ini. Maka pada pendapat peribadi saya pula, salah satunya adalah penguasaan bahasa itu sendiri. Penguasaan bahasa menentukan pemahaman kamu terhadap sesuatu. Penguasaan bukan sahaja memahami makna sesuatu perkataan tetapi juga mengetahui makna sesuatu ayat. Dalam konteks ini, dapat menangkap mesej yang hendak disampaikan. Contoh yang mudah; Bagaimana seseorang itu mampu menilai keindahan sesuatu ayat serta memahami mesejnya  sedangkan dia sendiri tidak tahu apa makna ayat tersebut? Tidak kiralah apa-apa bahasa sekali pun. Alasan kerana ianya bahasa tuturan musuh Islam adalah tidak valid dan tidak benar sama sekali.

Sebab perkara pertama yang saya sedar setelah diperdengarkan lagu -lagu nyanyian Sami Yusuf.

Mudah sahaja.

UPGRADE YOUR ENGLISH!

Cuba dengar.



Nak lirik, sila rujuk Haji Google atau pun Uncle Yahoo.

Wallahua'alam.