Tanggungjawab,
Sering kali aku terfikir,
Mengapa aku diberi tanggungjawab,
Sedangkan orang di sekelilingku acap kali berkata,
"Engkau layak, engkau mampu sebenarnya",
Namun masih ku rasa diri ini tidak layak,
Tidak mampu untuk memikul tanggungjawab,
Adakah ini sebuah kenyataan atau sekadar bisikan,
Atau aku terlalu memandang rendah kepada diriku ini,
Sehingga menyebabkan aku buta,
Buta untuk melihat potensi diri yang sebenar,
Ku cuba lari daripada tanggungjawab,
Memberi seribu alasan dan sebab,
Tanpa menghirau kepentingan masyarakat,
Tanpa mengambil kira keperluan ummat sejagat,
Namun tidak aku sedari,
Hakikatnya aku sedang melarikan diri,
Melarikan diri daripada kenyataan,
Kenyataan perjuangan yang telah ditakdirkan,
Ku cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan,
Kerna bimbang diriku jatuh ke dalam lembah kemunafiqan,
Kini ku memegang tanggungjawab,
Tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak,
Baru ku tahu betapa pedihnya memegangnya,
Ibarat menggenggam bara api yang membara,
Penuh derita dan sengsara,
Namun ku terus memegangnya,
Kerna bara api jika digenggam akan menjadi abu jua,
Ku cuba membenteng diriku daripada menjadi seorang insan,
Seorang insan yang mendahagakan pujian,
Mengejar kedudukan,
Dan mendambakan kemasyhuran,
Ku pujuk diriku mengejar keikhlasan,
Keikhlasan yang bakal menempah namaku di sisi Ar-Rahman,
Namun hati ini sukar ku dustakan,
Keikhlasan amat sukar untuk disimpan.
Muhammad Faiz, 2009.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
5 months ago