Pages

Friday, January 15, 2010

Menangislah!!!

Assalamualaikum...

Kalau sebut menangis, mesti muslimat yg menjadi mangsa, kata muslimin.. perempuan sensitif, hati mudah terasa, mudah menangis. Betul ke? Hakikatnya begitulah...
Tapi mengapa kamu, para muslimin amat sukar utk menangis? Adakah amat berharga titisan itu utk dititiskan?..
Pantang melihat lelaki menangis..diejeknya mudah terasa, mcm perempuan, tak macho langsung. Inilah satu persepsi dlm realiti yg bukan hanya ilusi yg harus dijadikan diskusi (tp lainlah kalau seseorang tu dah memang snang sangat nak nangisnya..yang ni masuk bab lain)..
Ada saat yg membuatkan mata kita ni nak sangat mengalirkan air mata..tp kenapa kita tahan?? takut? control macho? lelaki sejati? Mungkinkah itu sebabnya? Ego seorang lelaki amat sukar utk dibendung...sehinggakan saat yg sepatutnya air mata itu dititiskan..ditahannya sepenuh hati dan kudrat. Padahal, sahabat2 pd zaman nabi mempunyai muka yg jernih dan tenang hati memandang adalah kerana titisan air mata mengalir yg menyucikan wajah dan hati, jasmani dan rohani, jiwa dan raga mereka...titisan air mata keinsafan yg ikhlas kerana cinta kpd Allah dan takutkan dosa. Inilah sifat mu'min yg sejati..

Apabila ditanya mengapa tidak menangis...dijawabnya, mengapa nak menangis depan manusia?. menangislah di depan Allah..Hmmm..Apabila difikirkan, btul juga kata2 itu..tetapi pada hakikatnya itu hanyalah sifat kemunafiqan yg cuba diselindung dgn jawapan kebenaran...
Setiap manusia mempunyai kelemahan masing2..dgn kata lain mempunyai weak spot tersendiri..dan apabila weak spot itu digertak dan diserang..saat itulah hati mudah terasa..seterusnya mudahlah menangis..
Sebab tu la, apabila seseorang  itu menangis, jgnlah kita mengejeknya..jgnlah kita menyindirnya...kerana ingatlah!!! Kamu juga mempunyai kelemahan..dan kamu juga tidak tahu bilakah weak spot kamu akan diusik dan diuji...
Jika kamu tidak tahu apakah kelemahan kamu, maka carilah kelemahan itu di dalam diri kamu dan janganlah cuba utk mencari kelemahan org lain...BERSEDIALAH!!!!

Menangislah jika perlu,
Kerna saat itu hilangnya ego daripada dirimu.

Sehubungan dgn itu, ana nak mintak maaf kepada sahabat2 ana yg pernah ana buat mereka terasa...terutamanya ?????
Tahu2 la sendiri...

Wallahua'alam