Pada suatu petang,
Saat kesesakan kian mendatang,
Aku tiba di sebuah bangunan,
Bangunan yang lambangnya merah kenyalaan,
Ku tatap bangunan itu,
Mengetahui bahawa ia dipengaruhi warna biru,
Sedang aku menanti sahabat-sahabatku,
Orang lain juga turut menunggu,
Menunggu kedatangan yang ter'hormat',
Supaya pergerakan majlis lebih 'selamat',
Ada yang mengimpi,
Ada juga yang membenci,
Sehelai kertas membawa aku ke sini,
Mengajar aku erti pada memberi,
Memberi biar ikhlas,
Jangan pula niat beralas,
Kerna ku sangka cerah siangku hari ini,
Mendung pula menutupi,
Komplikasi keputusan yang cemerlang,
Aku telah menerima sedikit wang,
Namun masih berlegar dalam hati,
Mengapakah aku diperakukan sebegini,
Oleh insan yang tidak gentar,
Walaupun dipukul sekuat halilintar,
Aku masih remaja,
Mengapa hak milik aku dijadikan punca dosa,
Rakyat dibelakangkan kroni diutamakan,
Inilah slogan sang pencari laknat Tuhan,
Elok-elok hak aku seratus lima puluh,
Tak pasal-pasal tinggal lapan puluh.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
5 months ago