Pages

Wednesday, December 30, 2009

Penantian Di Sebuah Perhentian 2

Salam...

Sbnarnya kisah di bus-stop ni dah smpai titik nokhtah dah pun..tak de la sambungan sgt sbnarnya ...harap maaf...Cuma sambungannya adalah apa yg kita bleh ambil drpd kisah tersebut...(klu tak tahu kisah apa, baca di post sblum ni)..

Ana terkejut bgaimana seorang pelajar form 1, skola agama, bleh snang2 mempersendakan kewajipan solat...
Bukannya ana nak sindir sape2...cuma persoalannya, apakah yg dipelajarinya selama ni?..adakah belajar skadar utk periksa... atau belajar skadar utk mencari kesenangan dlm beragama...ni yg bahaya ni...
Manusia zaman ni sangat2 bijak...mereka blajar tinggi2..tp silapnya salah guna ilmu...
Mereka sanggup mempermainkan dan mempergunakan ilmu agama yg dipelajari utk menghalalkan perbuatan salah yg dilakukan...

Kita dpt lihat sndiri...pelajar yg blajar agama...tahu bahawa Allah itu Tuhan..Allah itu Ar-Rahman...Allah itu Ar-Rahim...tp mempergunakan sifat2 Allah yg sempurna ini utk memperbanyakkan maksiat..meninggalkan solat...Dgn alasan...Allah kan Maha Pengampun...Allah jugak Maha Mengasihani...mesti Dia terima taubat kita...mesti Dia terima solat kita..tak kira la kita buat waktu bila...

Contoh yg lain...ana pernah bertanya dgn seorang perokok..."Napa aok merokok? kan rokok tu bahaya, bleh membawa padah, nnti cpat mati."
Jawabnya.."Bahaya tak bahaya...qada' dan qadar kan Allah dah tentukan...klu aku dah ditakdirkan mati sbb rokok ni..nak buat camne..tp klu Allah dah takdirkan umur aku panjang tak pun aku mati sbb bnda lain...aku mati jugak...org yg tak hisap rokok pun bleh mati sbb kanser...kita buat la bnda2, hisap rokok ke tak... kita dah tak boleh ubah apa2 dah...cara kita mati dah pun ditetapkan"...
Apa yg dipelajari haruslah dihayati...qada' ada dua jnis, satu yg telah ditetapkan dan tidak akan berubah..
tetapi yg satu lg bleh berubah sesuai dgn ikhtiar, usaha dan doa kita berserta dgn keizinan dan kehendak Allah...ramai manusia menyalahkan takdir apabila sesuatu yg tidak dikehendaki berlaku...ini smua adalah salah faham.

Setelah puas ana surfing internet, mencari apakah yg bleh lg diisi dlm post ni..Akhirnya, ana telah terjumpa sebuah kisah yg sesuai dgn topik...kisah yg patut dijadikan iktibar..
Pada zaman Umar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Umar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Umar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Umar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.. Fikir2 kanlah.....

Wallahua'alam...