Hari itu aku mencari arah,
Aku bermusafir ke seluruh Khairiah,
Hari itu aku kawal marah,
Demi menjaga kesucian dakwah,
Hari ini aku hilang arah,
Kerna hilangnya si pemerintah,
Hari ini aku naik marah,
Kerna kecacatan pada musyawarah,
Hari esoknya aku betambah marah,
Menuduh orang lain bersalah,
Hari esoknya aku cipta khulasah,
Bahawa 'ia' akan menerima padah,
Namun tidak aku endah,
Hakikatnya aku hilang arah,
Juga hilang maruah,
Kerna aku marah.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! ( Riwayat Bukhari )
Akibat marah, jatuh maruah.