Pages

Thursday, April 1, 2010

Perbezaan Muslim dan Yahudi

Assalamulaikum....


Alhamdulillah, Kuliah Ma'rifati telah pun berjaya dilaksanakan. Dahulu ia digelar Kuliah Ad-Dini yang bermaksud kuliah agama, kini ia dipanggil sebagai Kuliah Ma'rifati yang bermaksud kuliah ilmu. Kata Exconya, ia ditukar nama atas dasar makna Ad-Dini dan Ma'rifati itu sendiri, beliau mahukan kuliah ini bukan sahaja mempersoalkan tentang pengetahuan agama tetapi juga merangkumi knowledge yang lain supaya dapat melahirkan kepimpinan berkualiti yang berkemampuan untuk mengintegrasikan ummah(slogan BADIB). Besar sungguh visi beliau. Teruskan!!!!

Walaupun sebenarnya banyak output yang telah diberikan oleh penceramah jemputan, tapi inputku tidak menerima kesemua output tersebut. Jangan salah faham. Bukan tidak boleh menerima kebenaran tetapi saya yang tidak memberi perhatian. Walau bagaimanapun, ada satu pengisian daripada penceramah yang cukup untuk  menangkap pandangan yang kabur ini, lalu terus diproses dan di-save dengan sempurna oleh memori seterusnya dilakarkan idea tersebut di dalam blog iaitu PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN YAHUDI.

Bukan hendak diketengahkan perbezaan-perbezaan yang besar seperti pegangan dan kepercayaan yang memerlukan kepada kajian terperinci tetapi kali ini lebih kepada perbezaan yang dapat dilihat melalui kaca mata pemerhatian atau kaedah saintifiknya, OBSERVATION. Mengikut prosedur sains juga, selepas permerhatian dibuat maka sebuah hipotesis, inferens atau tekaan bijak akan dicipta. Jadi beginilah keadaan hipotesis tersebut..

Jika seorang MUSLIM sedang duduk berseorangan, maka makin banyaklah tidurnya berbanding dengan seorang Yahudi  yang akan mencapai buku dan mula membacanya apabila duduk berseorangan. Dan apabila dua orang Muslim sedang duduk bersama, maka makin banyaklah borak kosongnya serta tersebarlah celaan dan umpatan-umpatan liar yang penuh dengan fitnah berbeza dengan dua orang YAHUDI yang akan mula bersaing minda antara satu sama lain. Tatkala tiga orang Muslim sedang kumpul bersama, maka tiada apa dalam fikiran mereke melainkan untuk bermain sahaja tetapi lain pula dengan orang Yahudi yang akan mula berbincang sesama mereka berkenaan strategi-strategi untuk menjatuhkan Islam.


Cuba bayangkan, jika keadaan ini berterusan, pasti dunia ini akan dikuasai oleh 'mereka' baik dari segi fizikal, mental dan spiritual.


Kita berpecah-belah sedangkan mereka berkuasa penuh amarah.


Wallahua'lam.