Pages

Friday, March 12, 2010

Allah Is Calling

Baru habis solat jumaat, aku bukak radio ikim, Alhamdulillah, teringat balik aku pasal lagu ni.
Lagu ni baru tapi dah pernah dah dengar beberapa minggu yang lalu...
Fenomena manusia ketika azan berkumandang...
Lagu yang liriknya simple tapi maknanya mendalam..
As your heart and ear softner...
Jangan lupa klik play...







Wednesday, March 3, 2010

Harapan yang mustahil..

Tatkala kamu tidak penting,
Aku melihatmu masih panjang,
Namun ketika saat aku memerlukanmu,
Mengapa kamu berubah menjadi begitu singkat?
Adakah salah aku atau silapmu?
Sehingga membuatkan aku tercicir jauh di belakang,
Di dalam sebuah perlumbaan,
Yang tiada peluang untuk berpatah balik,
Kembalilah! Pulanglah! Wahai masaku,
Meskipun engkau bukan milikku....

Monday, March 1, 2010

Masisupa 2010

Alhamdulillah, SMA Al-Khairiah telah menjuarai Masisupa Zon 3 yang telah diadakan di IKBN Lanchang. Ucapan tahniah ditujukan kepada peserta yang memenangi acara masing2. Bagi yang kecundang (including me), jangan putus asa, peluang masih ada, mungkin anda bukan juara di Masisupa, tetapi anda adalah juara di sisi Allah, di hati keluarga, guru2 dan rakan2 anda (ikut niat masing2). Tapi yang penting!!! Jangan salahkan orang lain....

Anelka   : Wei, camne aok punya syarahan? Menang ke kalah?
Jalil        :  Menang, dapat naib johan.
Anelka   : Hahaha. Itu aok kabo menang.
Jalil        : Ye la, sebenarnya lagi untung jadi naib johan, dapat menang dua kali.
Anelka   : Apasal pulak?
Jalil        : Betul la, kalau naib johan, mula2 kita menang tempat ke-2, lpas tu, kita menang-gung kekalahan.

Hehehe, selingan semata-mata, dialog yang umum tapi sebenarnya memang ada kaitan dengan seseorang.
Apa2 pun, "look things with your positive eyes".

Wallahua'alam.

Thursday, February 11, 2010

Hak yang dinodai

Pada suatu petang,
Saat kesesakan kian mendatang,
Aku tiba di sebuah bangunan,
Bangunan yang lambangnya merah kenyalaan,
Ku tatap bangunan itu,
Mengetahui bahawa ia dipengaruhi warna biru,

Sedang aku menanti sahabat-sahabatku,
Orang lain juga turut menunggu,
Menunggu kedatangan yang ter'hormat',
Supaya pergerakan majlis lebih 'selamat',
Ada yang mengimpi,
Ada juga yang membenci,

Sehelai kertas membawa aku ke sini,
Mengajar aku erti pada memberi,
Memberi biar ikhlas,
Jangan pula niat beralas,
Kerna ku sangka cerah siangku hari ini,
Mendung pula menutupi,

Komplikasi keputusan yang cemerlang,
Aku telah menerima sedikit wang,
Namun masih berlegar dalam hati,
Mengapakah aku diperakukan sebegini,
Oleh insan yang tidak gentar,
Walaupun dipukul sekuat halilintar,

Aku masih remaja,
Mengapa hak milik aku dijadikan punca dosa,
Rakyat dibelakangkan kroni diutamakan,
Inilah slogan sang pencari laknat Tuhan,
Elok-elok hak aku seratus lima puluh,
Tak pasal-pasal tinggal lapan puluh.

Saturday, February 6, 2010

Pemergian Tekanan

Salam...

Alhamdulillah, lega skit hati, setelah tertekan dgn kecuakan bertanding, skit je la leganya sbb banyak keje rumah kena settle kan ni..hehehe.
"Dua hari je berlatih!!??, terkejut aku dibuatnya. Teks dah la bukan sebarang teks, bahasa Arab pulak tu..ADUH!!!.Tapi apa2 pun, jnji smua benda ni dah pun menjadi sejarah..wlupun bertanding kat peringkat skola je..tp klu nak ikut catatan rekod hidup ni, aku tak pernah menang bertanding kalau venue nya kat skola sndiri..pernah jugak terfikir, Ada apa2 ke di sebalik kekalahan ni???. Namun penafian tetap ada di dlm hati..Argghh, mungkin kebetulan je kot..klu percaya khurafat pulak nnti..

P/S: Penulis tidak menceritakan apa2 peristiwa semasa pertandingan kerana akan mengaibkan peribadi penulis dan persembahan yang dipersembahkan kurang memuaskan..(Ketar lutut masa bertanding)..Hehehe.

Friday, January 15, 2010

Menangislah!!!

Assalamualaikum...

Kalau sebut menangis, mesti muslimat yg menjadi mangsa, kata muslimin.. perempuan sensitif, hati mudah terasa, mudah menangis. Betul ke? Hakikatnya begitulah...
Tapi mengapa kamu, para muslimin amat sukar utk menangis? Adakah amat berharga titisan itu utk dititiskan?..
Pantang melihat lelaki menangis..diejeknya mudah terasa, mcm perempuan, tak macho langsung. Inilah satu persepsi dlm realiti yg bukan hanya ilusi yg harus dijadikan diskusi (tp lainlah kalau seseorang tu dah memang snang sangat nak nangisnya..yang ni masuk bab lain)..
Ada saat yg membuatkan mata kita ni nak sangat mengalirkan air mata..tp kenapa kita tahan?? takut? control macho? lelaki sejati? Mungkinkah itu sebabnya? Ego seorang lelaki amat sukar utk dibendung...sehinggakan saat yg sepatutnya air mata itu dititiskan..ditahannya sepenuh hati dan kudrat. Padahal, sahabat2 pd zaman nabi mempunyai muka yg jernih dan tenang hati memandang adalah kerana titisan air mata mengalir yg menyucikan wajah dan hati, jasmani dan rohani, jiwa dan raga mereka...titisan air mata keinsafan yg ikhlas kerana cinta kpd Allah dan takutkan dosa. Inilah sifat mu'min yg sejati..

Thursday, December 31, 2009

2010 dah?..

2010..
New year..
New hope..
New paradigm..
New ambition..
New obstacle..
New solution..
Same boy..
Same face..
But different age..
Maybe same class..
But maybe, just maybe different friends..
New school???..Hehehe..
Maybe not..

2010..
The time is running out..
Leaving us burn-out..
So don't close your eyes..
When the sign is in front us..
Or you will regret and falter..
Because the Day is getting closer and closer..
Allah Almighty knows best..
He knows where and when we will rest..
So keep struggle..
And don't stumble..