Pages

Tuesday, November 30, 2010

Lesen Ber-Evolusi



Alhamdulillah.

Akhirnya sempurna.

Monday, November 15, 2010

Lagu dan Penguasaan Bahasa



Music is a powerful force
It's a language that only understood by the heart
This album "Wherever You are",
Is more than just an album for me
It's a mini diary of events that have taken place
In the past three to four years
and only the hearts will understand excactly
What I'm talking about. -Sami Yusuf-

Friday, July 30, 2010

Don't Let Me Be Misunderstood



Jangan menilai seseorang kerana satu perkara yang dilakukannya,
Mungkin kamu itu sedang bersangka buruk.

Sunday, July 11, 2010

Selagi Keyboard Masih Berfungsi

"Kenapa blog aok gaya mati je?", bertanya sahabat saya dengan bahasa pergaulan kami.

Saya hanya mampu senyum sebagai jawapan kepada persoalan beliau, hakikatnya saya masih mencari apakah puncanya. Tapi sekurang-kurangnya masih ada insan yang ambil peduli hal ehwal blog ini yang sudah hampir tiga bulan tidak ber-update.

SUBHANALLAH.

Pertanyaannya telah membuka ruang untuk bermuhasabah dan berkoreksi mencari kelemahan diri. Kesibukan dengan sekolah bukan satu alasan walaupun ada sebahagian kerja-kerja yang tidak pernah cuba disiapkan. Adakah sekolah dan guru-guru yang patut dipersalahkan? Timbul pula persoalan, adakah saya sudah ketandusan idea? Hhmm, mungkin. Namun adakah Pemberi Ilham pula patut ditanggungjawabkan? 
Makin jauh berfikir makin terserlah kejahilan seorang manusia. Kejahilan ini yang hanya mampu dilihat dengan mata hati.

Semangat yang dahulu berkobar-kobar kini sudah pudar. Memang tidak syak lagi. Semuanya salah sendiri.
Kemerosotan Iman telah mengakibatkan ketidakwarasan akal untuk berfikir. Apabila tidak mampu berfikir dengan waras maka sifat mazmumah yang betentangan dengan fitrah akan menguasai diri. Wujudlah fikiran yang jumud, kemalasan dan ketidakyakinan untuk menulis di dalam blog. Inilah jawapannya!!!

ALHAMDULILLAH.




Persoalan telah menjadi deduksi.
Selagi keyboard masih berfungsi, penulisan tidak akan berhenti.
Dan jika ia rosak, ketahuilah bahawa selagi Iman menebal di hati, maka akal tidak pernah mati. 

ALLAHUAKBAR!!!

Wallahua'alam.

Friday, April 16, 2010

Hilang Arah Akibat Marah


Hari itu aku mencari arah,
Aku bermusafir ke seluruh Khairiah,
Hari itu aku kawal marah,
Demi menjaga kesucian dakwah,
Hari ini aku hilang arah,
Kerna hilangnya si pemerintah,
Hari ini aku naik marah,
Kerna kecacatan pada musyawarah,
Hari esoknya aku betambah marah,
Menuduh orang lain bersalah,
Hari esoknya aku cipta khulasah,
Bahawa 'ia' akan menerima padah,
Namun tidak aku endah,
Hakikatnya aku hilang arah,
Juga hilang maruah,
Kerna aku marah.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! ( Riwayat Bukhari )

Akibat marah, jatuh maruah.

Thursday, April 1, 2010

Perbezaan Muslim dan Yahudi

Assalamulaikum....


Alhamdulillah, Kuliah Ma'rifati telah pun berjaya dilaksanakan. Dahulu ia digelar Kuliah Ad-Dini yang bermaksud kuliah agama, kini ia dipanggil sebagai Kuliah Ma'rifati yang bermaksud kuliah ilmu. Kata Exconya, ia ditukar nama atas dasar makna Ad-Dini dan Ma'rifati itu sendiri, beliau mahukan kuliah ini bukan sahaja mempersoalkan tentang pengetahuan agama tetapi juga merangkumi knowledge yang lain supaya dapat melahirkan kepimpinan berkualiti yang berkemampuan untuk mengintegrasikan ummah(slogan BADIB). Besar sungguh visi beliau. Teruskan!!!!

Walaupun sebenarnya banyak output yang telah diberikan oleh penceramah jemputan, tapi inputku tidak menerima kesemua output tersebut. Jangan salah faham. Bukan tidak boleh menerima kebenaran tetapi saya yang tidak memberi perhatian. Walau bagaimanapun, ada satu pengisian daripada penceramah yang cukup untuk  menangkap pandangan yang kabur ini, lalu terus diproses dan di-save dengan sempurna oleh memori seterusnya dilakarkan idea tersebut di dalam blog iaitu PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN YAHUDI.

Friday, March 19, 2010

Exam Mode!!!!


Assalamualaikum,

Next week will be my first examination for this year. I have to admit that I'm not fully prepared for this exam (lazy for revision) but in the same time I feel kind of excited..Split personality..maybe..Hehehe..
Pray for my best...
May the bestowed ones excel..Insya-Allah...

Allah knows best.

Friday, March 12, 2010

Allah Is Calling

Baru habis solat jumaat, aku bukak radio ikim, Alhamdulillah, teringat balik aku pasal lagu ni.
Lagu ni baru tapi dah pernah dah dengar beberapa minggu yang lalu...
Fenomena manusia ketika azan berkumandang...
Lagu yang liriknya simple tapi maknanya mendalam..
As your heart and ear softner...
Jangan lupa klik play...







Wednesday, March 3, 2010

Harapan yang mustahil..

Tatkala kamu tidak penting,
Aku melihatmu masih panjang,
Namun ketika saat aku memerlukanmu,
Mengapa kamu berubah menjadi begitu singkat?
Adakah salah aku atau silapmu?
Sehingga membuatkan aku tercicir jauh di belakang,
Di dalam sebuah perlumbaan,
Yang tiada peluang untuk berpatah balik,
Kembalilah! Pulanglah! Wahai masaku,
Meskipun engkau bukan milikku....

Monday, March 1, 2010

Masisupa 2010

Alhamdulillah, SMA Al-Khairiah telah menjuarai Masisupa Zon 3 yang telah diadakan di IKBN Lanchang. Ucapan tahniah ditujukan kepada peserta yang memenangi acara masing2. Bagi yang kecundang (including me), jangan putus asa, peluang masih ada, mungkin anda bukan juara di Masisupa, tetapi anda adalah juara di sisi Allah, di hati keluarga, guru2 dan rakan2 anda (ikut niat masing2). Tapi yang penting!!! Jangan salahkan orang lain....

Anelka   : Wei, camne aok punya syarahan? Menang ke kalah?
Jalil        :  Menang, dapat naib johan.
Anelka   : Hahaha. Itu aok kabo menang.
Jalil        : Ye la, sebenarnya lagi untung jadi naib johan, dapat menang dua kali.
Anelka   : Apasal pulak?
Jalil        : Betul la, kalau naib johan, mula2 kita menang tempat ke-2, lpas tu, kita menang-gung kekalahan.

Hehehe, selingan semata-mata, dialog yang umum tapi sebenarnya memang ada kaitan dengan seseorang.
Apa2 pun, "look things with your positive eyes".

Wallahua'alam.

Thursday, February 11, 2010

Hak yang dinodai

Pada suatu petang,
Saat kesesakan kian mendatang,
Aku tiba di sebuah bangunan,
Bangunan yang lambangnya merah kenyalaan,
Ku tatap bangunan itu,
Mengetahui bahawa ia dipengaruhi warna biru,

Sedang aku menanti sahabat-sahabatku,
Orang lain juga turut menunggu,
Menunggu kedatangan yang ter'hormat',
Supaya pergerakan majlis lebih 'selamat',
Ada yang mengimpi,
Ada juga yang membenci,

Sehelai kertas membawa aku ke sini,
Mengajar aku erti pada memberi,
Memberi biar ikhlas,
Jangan pula niat beralas,
Kerna ku sangka cerah siangku hari ini,
Mendung pula menutupi,

Komplikasi keputusan yang cemerlang,
Aku telah menerima sedikit wang,
Namun masih berlegar dalam hati,
Mengapakah aku diperakukan sebegini,
Oleh insan yang tidak gentar,
Walaupun dipukul sekuat halilintar,

Aku masih remaja,
Mengapa hak milik aku dijadikan punca dosa,
Rakyat dibelakangkan kroni diutamakan,
Inilah slogan sang pencari laknat Tuhan,
Elok-elok hak aku seratus lima puluh,
Tak pasal-pasal tinggal lapan puluh.

Saturday, February 6, 2010

Pemergian Tekanan

Salam...

Alhamdulillah, lega skit hati, setelah tertekan dgn kecuakan bertanding, skit je la leganya sbb banyak keje rumah kena settle kan ni..hehehe.
"Dua hari je berlatih!!??, terkejut aku dibuatnya. Teks dah la bukan sebarang teks, bahasa Arab pulak tu..ADUH!!!.Tapi apa2 pun, jnji smua benda ni dah pun menjadi sejarah..wlupun bertanding kat peringkat skola je..tp klu nak ikut catatan rekod hidup ni, aku tak pernah menang bertanding kalau venue nya kat skola sndiri..pernah jugak terfikir, Ada apa2 ke di sebalik kekalahan ni???. Namun penafian tetap ada di dlm hati..Argghh, mungkin kebetulan je kot..klu percaya khurafat pulak nnti..

P/S: Penulis tidak menceritakan apa2 peristiwa semasa pertandingan kerana akan mengaibkan peribadi penulis dan persembahan yang dipersembahkan kurang memuaskan..(Ketar lutut masa bertanding)..Hehehe.

Friday, January 15, 2010

Menangislah!!!

Assalamualaikum...

Kalau sebut menangis, mesti muslimat yg menjadi mangsa, kata muslimin.. perempuan sensitif, hati mudah terasa, mudah menangis. Betul ke? Hakikatnya begitulah...
Tapi mengapa kamu, para muslimin amat sukar utk menangis? Adakah amat berharga titisan itu utk dititiskan?..
Pantang melihat lelaki menangis..diejeknya mudah terasa, mcm perempuan, tak macho langsung. Inilah satu persepsi dlm realiti yg bukan hanya ilusi yg harus dijadikan diskusi (tp lainlah kalau seseorang tu dah memang snang sangat nak nangisnya..yang ni masuk bab lain)..
Ada saat yg membuatkan mata kita ni nak sangat mengalirkan air mata..tp kenapa kita tahan?? takut? control macho? lelaki sejati? Mungkinkah itu sebabnya? Ego seorang lelaki amat sukar utk dibendung...sehinggakan saat yg sepatutnya air mata itu dititiskan..ditahannya sepenuh hati dan kudrat. Padahal, sahabat2 pd zaman nabi mempunyai muka yg jernih dan tenang hati memandang adalah kerana titisan air mata mengalir yg menyucikan wajah dan hati, jasmani dan rohani, jiwa dan raga mereka...titisan air mata keinsafan yg ikhlas kerana cinta kpd Allah dan takutkan dosa. Inilah sifat mu'min yg sejati..

Thursday, December 31, 2009

2010 dah?..

2010..
New year..
New hope..
New paradigm..
New ambition..
New obstacle..
New solution..
Same boy..
Same face..
But different age..
Maybe same class..
But maybe, just maybe different friends..
New school???..Hehehe..
Maybe not..

2010..
The time is running out..
Leaving us burn-out..
So don't close your eyes..
When the sign is in front us..
Or you will regret and falter..
Because the Day is getting closer and closer..
Allah Almighty knows best..
He knows where and when we will rest..
So keep struggle..
And don't stumble..

Wednesday, December 30, 2009

Penantian Di Sebuah Perhentian 2

Salam...

Sbnarnya kisah di bus-stop ni dah smpai titik nokhtah dah pun..tak de la sambungan sgt sbnarnya ...harap maaf...Cuma sambungannya adalah apa yg kita bleh ambil drpd kisah tersebut...(klu tak tahu kisah apa, baca di post sblum ni)..

Ana terkejut bgaimana seorang pelajar form 1, skola agama, bleh snang2 mempersendakan kewajipan solat...
Bukannya ana nak sindir sape2...cuma persoalannya, apakah yg dipelajarinya selama ni?..adakah belajar skadar utk periksa... atau belajar skadar utk mencari kesenangan dlm beragama...ni yg bahaya ni...
Manusia zaman ni sangat2 bijak...mereka blajar tinggi2..tp silapnya salah guna ilmu...
Mereka sanggup mempermainkan dan mempergunakan ilmu agama yg dipelajari utk menghalalkan perbuatan salah yg dilakukan...

Tuesday, December 29, 2009

Penantian Di Sebuah Perhentian



Sudah hampir tiba saat di mana loceng akan berbunyi, seperti plajar2 lain aku pun mula mengemas peralatan skolaku sbagai persediaan utk pulang ke rumah..Seperti plajar2 yg lain juga,  focusku di dlm klas mula berada dlm keadaan yg terumbang-ambing memikirkan apakah yg akan dilakukan lpas pulang ke rumah nnti...Hari tersebut kelihatan seperti hari2 yg lain, matahari bertrusan memancar bumi dgn clear skali pd siang hari...Sudah menjadi rutin harian, selepas tamat saje skola, aku akan terus ke masjid bg menunaikan solat fardhu Zohor (bukan nak citer psl gi msjid ye)..Bimbang nnti klu pulang ke rumah trus, badanku akan trus me-landing ke atas sofa yg pejal lg empuk..lalu trus tertidur..terlewat pula nak solat Zohor...

Sunday, December 27, 2009

Is Allah satisfied with us?




We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Saturday, December 26, 2009

Success that reminds us..

Alhamdulillah....
Apa yg dihajati diperolehi...

Congrats dituju buat pelajar2 Khairiah yg lain khasnya yg memperoleh keputusan straight A's dlm PMR ari tu..iaitu klu x silap irfan, azim, fadhlin, amirah, liyana, ainul, hafizah, hajar n salwani ( cukup 10 org?)
Bg yg mendapatkan keputusan yg bukan dihajat,
Don't worry la, PMR is not the end of the world..
Perjalanan kita masih jauh...
Gunakan kegagalan ari ni utk mencipta kejayaan pd masa akan dtg...
Bnyak lg ujian yg akan kita tempuh...
SMA, SPM, STAM, DEGREE, MASTER, P.H.D, SAKARATUL MAUT...(ini target ana ar)
Kita dicipta bukan untuk mencapai tp utk berusaha...

Ada pepatah yg menyebut," Sesiapa yg berusaha dia yg berjaya"..
tp sbnarnya pepatah ni x bpe lengkap..
tu yg rmai cpat frust klu x dpt apa yg dihajati...
spatutnya kena tambah tawakkal n redha skali...
Musibah itu ujian dan jgn lupa nikmat pun ujian jgak...
Secara hipotesisnya, "semakin bsar nikmat semakin berat tanggungjawab"...
jd jgnlah rasa diri terror sgt klu dpt result cemerlang...
smpai timbul rasa riak dan takabbur...
sentiasa berfikir ada org yg lbih drpd kita dlm mengerjakan kebaikan..
dan juga sentiasa berfikir ada org yg kurang drpd kita ketika mendapat nikmat..
BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR...

Wallahua'alam...

Wednesday, December 23, 2009

My Heartbeat..

Selangkah demi selangkah...
Tiga tahun sudah pun berlalu....

Cepat btul masa berlalu...x sangka btul rupa-rupanya ana dah tiga tahun dah study kat Khairiah ni..
Tarikh hari esok mugkin akan ana ingat sampai bila2....
esok ialah hari...
diumumkan result PMR!!!

ana rasa mesti ramai pelajar sebaya ana yg menantikan hari esok dgn penuh debaran...
tp ana rasa ada jugak yg dah ada dlm happy mood dah skang ni, x pun tgh menangis meronta2...
maklumlah dah tau result awal....

adakah hari esok akan membawa berita gembira?...atau hanya akan menambah luka di hati??
cuak, gementar, nervous, tenang...itulah perasaan yg sentiasa bermain dlm hati...

apa2 pun segalanya akan terjawab pd hari esok...moga hilanglah keresahan di dlm hatiku ini...

My heartbeat is beating faster and faster...waiting for tomorrow...

Hehehehe....Ma'as Salamah zaman PMR ku....Ahlan Wasahlan ya SMA....

Sunday, December 13, 2009

Monolog Hati

Tanggungjawab,
Sering kali aku terfikir,
Mengapa aku diberi tanggungjawab,
Sedangkan orang di sekelilingku acap kali berkata,
"Engkau layak, engkau mampu sebenarnya",
Namun masih ku rasa diri ini tidak layak,
Tidak mampu untuk memikul tanggungjawab,
Adakah ini sebuah kenyataan atau sekadar bisikan,
Atau aku terlalu memandang rendah kepada diriku ini,
Sehingga menyebabkan aku buta,
Buta untuk melihat potensi diri yang sebenar,


Ku cuba lari daripada tanggungjawab,
Memberi seribu alasan dan sebab,
Tanpa menghirau kepentingan masyarakat,
Tanpa mengambil kira keperluan ummat sejagat,
Namun tidak aku sedari,
Hakikatnya aku sedang melarikan diri,
Melarikan diri daripada kenyataan,
Kenyataan perjuangan yang telah ditakdirkan,
Ku cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan,
Kerna bimbang diriku jatuh ke dalam lembah kemunafiqan,


Kini ku memegang tanggungjawab,
Tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak,
Baru ku tahu betapa pedihnya memegangnya,
Ibarat menggenggam bara api yang membara,
Penuh derita dan sengsara,
Namun ku terus memegangnya,
Kerna bara api jika digenggam akan menjadi abu jua,


Ku cuba membenteng diriku daripada menjadi seorang insan,
Seorang insan yang mendahagakan pujian,
Mengejar kedudukan,
Dan mendambakan kemasyhuran,
Ku pujuk diriku mengejar keikhlasan,
Keikhlasan yang bakal menempah namaku di sisi Ar-Rahman,
Namun hati ini sukar ku dustakan,
Keikhlasan amat sukar untuk disimpan.


Muhammad Faiz, 2009.